KUCHING, 7 MEI : Biarpun tewas, calon KEADILAN, Athina Klaywa Sim di N18 Serembu berterima kasih kepada keluarga, rakan parti dan seluruh warga DUN itu diatas sokongan tidak berbelah bagi.
Menyifatkan kekalahannya bukan suatu yang mutlak, Athina mengingatkan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan mereka juga bukan suatu yang patut dibanggakan.
“Tiada hak bagi kemenangan yang mencemari demokrasi dengan Tsunami ringgit.
“Ternyata masih ada pihak mengamalkan politik wang mengaburi mata rakyat Serembu demi memenuhi nafsu, tamak dan haloba mereka,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Bagaimanapun, Athina mengakui tidak berdukacita sebaliknya tekad bekerja keras untuk rakyat Serembu demi perubahan.
“Api reformasi akan sentiasa kekal membara, dan saya akan kekal teruskan perjuangan ini demi pembebasan rakyat,” katanya.