Categories
SELANGOR

LZS agih RM27.2 juta bantuan Ramadan, Syawal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 MEI: RM27.2 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diagihkan kepada 36,950 keluarga asnaf dan fakir miskin seluruh negeri sempena Ramadan dan Syawal ini.

LZS dalam kenyataan, berkata jumlah itu meliputi bantuan RM9.48 juta untuk diagihkan kepada 12,565 keluarga fakir dan RM17.7 juta kepada keluarga miskin seluruh negeri.

Katanya, bantuan mula diagihkan sejak 24 Mei lalu dan dijangka berakhir pada 4 Jun membabitkan 19 program.

DSC_7506-360x270“Setiap keluarga bakal menerima bantuan zakat sebanyak RM550 hingga RM1,00 bergantung kepada jumlah tangunggan.

“Sehingga kini, daerah Petaling mencatatkan jumlah penerima bantuan tertinggi sebanyak 6,585 dengan agihan zakat RM4.8 juta,” katanya.

Ia diikuti daerah Klang sebanyak RM4.7 untuk diserahkan kepada 6,416 keluarga sementara Hulu Langat RM4.2 juta membabitkan 5,811 jumlah keluarga penerima.

Daerah Kuala Selangor pula mencatatkan agihan RM3.3 juta kepada 4,574 keluarga, daerah Hulu Selangor sebanyak RM2.9 juta kepada 3,987 dan Kuala Langat dengan agihan RM2.3 juta kepada 3,139 keluarga.

Tiga daerah lagi, di Sabak Bernam, Gombak dan Sepang menerima bantuan zakat sekitar RM1.8 juta untuk diagihkan kepada lebih 1,500 keluarga asnaf dan fakir miskin.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.