Categories
SELANGOR

LZS bantu lima beradik hilang tempat bergantung

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 MEI: Lima beradik bersama ibu yang mengalami sakit strok hilang tempat bergantung selepas kematian bapa mereka, Mohd Jais Japaar pada 14 Mei lalu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam paparan di Facebook, berkata keluarga terbabit tiada sumber pendapatan dan hanya bergantung sumbangan daripada saudara mara dan jiran yang prihatin.

“Mereka tidak pernah memohon sebarang zakat sebelum ini dan berita mengenai kesusahan mereka diketahui LZS melalui media sosial yang mendapat viral di facebook.

LZS bantu“Kami terpanggil untuk menziarahi keluarga ini di Taman Dato’ Harun untuk melihat keperluan mereka dan bantuan kecemasan dihulurkan,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, arwah Jais yang bekerja sebagai buruh binaan meninggalkan seorang isteri, Tolihah Januri, 44 yang menghidap strok separuh badan sejak enam tahun lalu.

Selain itu, beliau menanggung lima orang anaknya iaitu Jasli Mohd Jais, 20, yang kini sedang menuntut di IPTS dan Muhammad Hanafi, 19, tidak bekerja dan hanya menjaga ibu mereka.

Dua orang anaknya yang lain masih bersekolah, Muhammad Hanafi, 16, dan Muhammad Hasri, 10.

Lebih menyedihkan anak bongsu arwah iaitu Muhammad Jasman, 6 tahun merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.

Pada masa sama, LZS berkata, pihaknya akan membantu daripada segi bantuan lain setelah dokumen lain diselesaikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.