Categories
SELANGOR

Perkongsian Selangor-Jepun bangunkan industri bioteknologi

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 MEI: Kemajuan industri bioteknologi Jepun memberikan keyakinan kepada Selangor untuk membangunkan industri sama melalui perkongsian antarabangsa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kemajuan Jepun mampu menawarkan pelbagai teknologi terkini tambahan dengan penubuhan Majlis Bio Selangor pada Februari lalu mengukuhkan lagi kesungguhan Selangor membangunkan industri sains hayat.

BIO BAY“Selangor mempunyai 91.4 peratus tahap perbandaran dengan permintaan pengguna memberangsangkan yang mampu menawarkan pertumbuhan serta perkembangan baik syarikat dari Jepun.

“Tiga daripada lima universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia berada di negeri ini selain itu kita juga mempunyai pasukan Pembangunan Bio Bay Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian dalam ucaptama Seminar Selangor Kuasa Besar Ekonomi Malaysia di Tokyo, Jepun pada 16 Mei lalu.

Katanya, Pulau Indah yang menjadi pusat utama pembangunan bio bay menyediakan ekosistem halal kondusif bagi syarikat untuk mengeluarkan produk halal bertaraf dunia untuk pasaran global.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.