Categories
SELANGOR

MB ‘berahsia’ bakal terjah lagi lokasi hotspot denggi

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 8 MEI : Tinjauan kawasan hotspot denggi bakal dilakukan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri memerangi wabak denggi di seluruh negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi selanjutnya bagi memastikan anggota masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa bersedia menghapuskan tempat pembiakan Aedes.

Azmin MB“Saya akan terus turun padang memerangi denggi. Lokasi selanjutnya, tunggu,” katanya ringkas kepada SelangorKini ketika ditemui pada Program Gotong Royong Perdana di Dataran DePura, Taman Ukay di sini pagi ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin menerjah dua lokasi hotspot denggi di Rumah Pangsa Seksyen 28, Persiaran Kuala Langat dan Apartment Anggerik Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Hasil tinjauan itu, terdapat tempat pembuangan sampah tidak diselenggara dengan baik sekali gus mengundang kepada pembiakan aedes khususnya di kawasan perumahan kos rendah.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (3)Kerajaan Negeri sebelum ini terus konsisten mewujudkan pelbagai program dan dasar memastikan wabak denggi dapat dihapuskan demi kesejahteraan masyarakat.

Antara inisiatif diambil termasuk penubuhan Jawatankuasa Tertinggi di peringkat Kerajaan Negeri untuk mencari kaedah manangani denggi.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap DUN juga diberikan bagi melaksanakan program memerangi wabak itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.