Categories
SELANGOR

MB hulur sumbangan RM10,000 kepada Ahmad dan Muhammad

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 MEI: Sejumlah RM10,000 disumbangkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada dua beradik, Ahmad dan Muhammad Rosli bagi membiayai kos pendidikan dan rawatan pasangan kembar siam itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie ketika menyerahkan sumbangan itu berkata, Kerajaan Negeri bersedia membantu Ahmad dan Muhamad jika kedua mereka memerlukan bantuan lain.

CP2A4910“Saya ambil ruang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han yang turut bersama saya mewakili Menteri Besar menyampaikan sumbangan ikhlas kepada kedua anak ini sebanyak RM5,000 setiap seorang.

“Menteri Besar menyampaikan salam kerana tidak hadir untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kita difahamkan keluarga ini memerlukan bantuan bagi membiayai perbelanjaan mereka.

“Saya percaya sumbangan ini sedikit sebanyak membantu membiayai pendidikan mereka berdua supaya boleh meringankan bebanan keluarga,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

CP2A4889Sementara itu, Sze Han berkata, beliau mula mengenali keluarga Ahmad dan Muhammad sejak tahun lalu apabila mengetahui pasangan kembar terbabit tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara.

“Sejak tahun lepas saya meyumbangkan RM300 setiap bulan untuk membantu ayah kepada Ahmad dan Muhamad iaitu, Rosli yang juga sudah jadi rakan baik saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana jumlah (sumbangan) agak besar dan saya yakin bantuan ini dapat meringankan beban kerana kita memang tahu Rosli menanggung kos perubatan dan pendidikan Ahmad dan Muhamad yang besar setiap bulan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.