Categories
SELANGOR

MB: Selamat Hari Wesak!

OLEH : Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

21 Mei adalah Hari Wesak, hari memperingati kelahiran Gautama Buddha, pencerahan dan nirvana.

Di sini saya ingin menzahirkan setulus rasa hormat saya buat semua penganut agama Buddha di Selangor dan Malaysia.

hari vesakHari Wesak menganjurkan sikap berbakti dengan tulus ikhlas kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Diinspirasikan sikap ini, banyak kumpulan agama Buddha menganjurkan aktiviti kebajikan untuk mereka yang menghadapi kesusahan. Saya amat menghargai usaha-usaha ini.

Sikap pemurah dan tidak mementingkan diri ini satu teladan buat kita semua.

Saya sentiasa mengalu-alukan penglibatan komuniti beragama Buddha dan lain-lain kepercayaan dalam membina Selangor yang lebih ehsan, sekaligus menuju ke arah Malaysia yang lebih baik dan lebih ehsan.
Selamat Hari Wesak!

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.