Categories
SELANGOR

MDKL giat laksana program tanpa beg plastik dan polisterin

BANTING 27 MEI : Penglibatan semua pihak dan masyarakat mampu menjayakan perlaksanaan program tanpa beg plastik dan polisterin demi menjaga alam sekitar.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata pemahaman penjagaan kesihatan dan alam sekitar berterusan serta kesan negatif beg plastik dan polisterin dititikberatkan bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai.

MDKLKatanya ini sekaligus memberikan kesedaran masyarakat untuk tidak menggunakan beg plastik dan polisterin serta bertujuan menggalakkan peniaga berdisiplin mengendalikan gerai dan barang jualan dengan lebih berkualiti dan sihat.

Justeru itu, bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba, MDKL mengadakan Program Kempen Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin Sempena Kempen Bazar Ramadan Mampan 2016 di bawah kelolaan Unit Local Agenda 21 (LA21) MDKL.

Program ini dijalankan di Bazar Ramadan Banting sahaja iaitu pada setiap hari Sabtu bertarikh 11 Jun, 18 Jun, 25 Jun dan 2 Julai 2016.

Pengunjung dikenakan caj RM0.20 bagi setiap beg plastik bagi sebarang pembelian barangan pada setiap Sabtu sepanjang Ramadan.

Caj itu dimasukkan ke dalam bekas khas disediakan MDKL di setiap gerai.

Bagi 2015, dua peniaga Bazar Ramadan Banting iaitu Hamzah Baharom dan Nooraini Mohd Salleh terpilih sebagai pemenang bagi kutipan tertinggi kenaan menggunakan beg plastik selain menerima pemberian insentif MDKL.

Dalam masa sama, setiap pengunjung digalakkan membawa bekas makanan sendiri bagi membeli juadah berbuka puasa selain menggunakan beg kitar semula.

Bagi menghargai sokongan pengunjung dalam pelaksanaan kempen itu, pengunjung bazar berbuat demikian disumbangkan hadiah sinonim dengan kempen seperti pemberian mangkuk tingkat dan beg kitar semula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.