Categories
NASIONAL

Misi Fitri baiki kelemahan di Buriram, Thailand

SHAH ALAM, 4 MEI : Mohd Fitri Ashraf Razali menganggap perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand merupakan antara perlumbaan penting bagi saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada musim 2016.

Pelumba SuperSports 600cc Malaysia itu menganggap litar sepanjang 4.554 km itu merupakan litar yang sukar khususnya bagi pelumba-pelumba rookie selain turut memainkan peranan besar dalam pemburuan gelaran juara keseluruhan.

FITRI SuperSports“Litar Antarabangsa Chang akan mejadi hos ARRC sebanyak dua kali pada musim ini. Maka keperluan memungut mata yang banyak di sini menjadi sangat penting.

“Litar ini bukan mudah untuk dikuasai. Secara kasar, bentuknya kelihatan mudah namun ada dua bahagian boleh memberi masalah besar kepada pelumba,” katanya.

Pada masa sama pelumba berusia 22 tahun itu akui dirinya perlu mempamerkan lebih banyak peningkatan terutama setelah terpilih membawa cabaran bersama pasukan Team Yamaha Racing, pasukan berstatus ‘factory’ tunggal di padok ARRC itu.

FITRI BURIRAM“Selekoh 4 dan 12 sentiasa menjadi halangan kepada saya. Saya tidak mempunyai rekod baik di sini pada musim 2015.

“Saya perlu mencari penyelesaian dan melepasi halangan ini dengan memperbaiki kedudukan untuk terus kekal bersama pasukan ini,” jelasnya.

Fitri menamatkan musim pertama kelas SuperSports 600cc di tangga ke 32 pada 2014 dan memanjat naik ke tangga ke-25 pada tahun berikutnya.

Selepas dua perlumbaan pada pusingan pertama di Johor, Mac lepas, Fitri kini menghuni tangga ke-14.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.