Categories
SELANGOR

Guna kon konkrit tingkat keselamatan awam

OLEH: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 4 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencadangkan penggunaan kon konkrit di kawasan projek pembentungan di bandar raya itu bagi mengelak kemalangan berlaku.

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata penggunaan kon itu adalah bagi menggantikan kon plastik yang didapati kurang sesuai dan membahayakan keselamatan orang awam.

Mohd azizi mbpj“Kita akan jalankan mesyuarat bersama Jabatan Pembetungan dan pihak kontraktor bagi membincangkan perkara ini.

“Mungkin kita akan cadangkan penggunaan kon konkrit dan tidak boleh lagi kon plastik yang dilihat tidak sesuai,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan MBPJ di sini, hari ini.

Tindakan diambil MBPJ itu adalah berikutan kemalangan membabitkan seorang lelaki berusia 86 tahun dan pembantu rumahnya terjatuh dalam lubang pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) di Jalan PJU 10/1, semalam.

Kedua-dua mangsa dibawa keluar Bomba dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan selepas itu.

Mohd Azizi berkata, dengan tindakan itu MBPJ berharap kejadian sama tidak dielakkan daripada berulang.

165704trl8v54r8mp4pdl6“Garis panduan ini akan diberikan dan mesti dipatuhi setiap kontraktor yang terbabit dalam menjalankan kerja pembinaan.

“Aspek keselamatan adalah penting dan MBPJ akan pastikan kon konkrit ini digunakan di setiap kawasan di bandar raya ini,” katanya.

Katanya, terdapat empat pakej dijalankan IWK di sekitar bandar raya itu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.