Categories
NASIONAL

NUFAM: Pulih imej lantik anak tempatan terajui MAS

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 MEI : Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menyarankan anak tempatan berkelayakan diberi peluang menerajui pengurusan tertinggi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Presidennya, Ismail Nasaruddin, berkata pengurusan KHAZANAH perlu lebih terbuka dan komited memperkukuhkan kembali kedudukan syarikat penerbangan negara itu.

mas“Harap kerajaan ambil inisiatif secepat mungkin ambil CEO berkualiti tinggi dalam kalangan anak tempatan.

“Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, kita perlu ada wakil tempatan namun pada masa tidak salah melantik konsultan luar yang ada pengalaman selesaikan masalah MAS,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC, di sini, semalam.

MAB sebelum ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller meninggalkan syarikat itu September ini, lebih awal dari kontrak tiga tahun beliau.

Muller bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut pengunduran beliau, selepas memegang jawatan tersebut 1 Mei tahun lalu.

Bercakap lanjut, Ismail berkata pengunduran Mueller memberikan tamparan hebat kepada pengurusan MAS untuk mencari individu berkebolehan memulihkan imej MAS.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan, ada dalam kalangan anak-tempatan diyakini mampu mengembalikan hasrat rakyat menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan unggul di dunia.

“Setelah beberapa bulan pegang jawatan kemudian ambil keputusan untuk berundur, ini masa amat kritikal daripada MAS untuk bangkit secepat mungkin dan kembali pulihkan imej penerbangan negara,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.