Categories
KENYATAAN MEDIA

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib Razak seperti serbuan ke atas rumah Guan Eng?

OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Berita serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menimbulkan rasa curiga dalam diri saya.

Walaupun serbuan itu dilakukan dengan kehadiran Lim dan isterinya Betty Chew, serta peguam-peguam mereka, tindakan sebegini sebenarnya menimbulkan persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan ke atas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak – yang hampir tiada sama sekali.

Pernahkah SPRM menyerbu rumah Najib? Dan jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?

Selain daripada bertindak adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka, SPRM juga wajib dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Leave a Reply

Your email address will not be published.