Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam sedia untuk final Piala FA

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Stadium Shah Alam siap sepenuhnya menjadi venue perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor PKNS FC yang berlangsung Sabtu ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata kerja-kerja baik pulih padang dan infrastruktur lain masih berjalan sehingga hujung tahun ini, namun kemudahan asas boleh digunakan seperti biasa

PC (1 of 23)“Keadaan stadium begitu baik. Padang sudah dibaik pulih. Secara keseluruhan ia bersedia digunakan.

“Kami sentiasa memperbaiki mana yang kurang berdasarkan peruntukan diberi Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu sidang media di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zaharin turut mengingatkan penonton supaya tidak melakukan vandalisme bagi mengekalkan keselesaan infrastruktur stadium.

“Saya merayu peminat tidak melakukan vandalisme ketika menonton perlawanan.

“Sama-sama kita jaga infrastruktur supaya semua dapat menikmati perlawanan dengan selesa,” katanya.

PC (16 of 23)Menyentuh soal lokasi media di stadium, beliau berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membaik pulih kemudahan media selepas perlawanan akhir ini tamat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Footbal Malaysia LLP (FMLLP), Kevin Ramalingam, berkata pihaknya berterima kasih dengan kerjasama diberikan MBSA.

Katanya, lebih banyak perlawanan akhir akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam untuk beberapa tahun akan datang.

Selain itu, rangkaian internet juga turut disediakan buat kegunaan petugas media dengan pemasangan fiber optik baru semalam.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.