Categories
SELANGOR

Worldwide lancar rumah mampu milik serendah RM150,000

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 MEI: Worldwide Holdings Berhad bakal melancarkan rumah mampu milik dengan harga serendah RM150,000 di bawah Projek Rumah Selangorku iaitu di Seksyen U5, Subang Bestari, Shah Alam, esok.

Pengurus Besar Hartanah Worldwide Holdings Berhad, Rosli Ismail, berkata projek itu menawarkan 388 unit kediaman mampu milik terdiri dua jenis apartmen 16 tingkat dikenali sebagai Seri Aduria dan Seri Musytari.

“Rumah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis C berkeluasan 800 kaki persegi dengan harga RM150,000 dan rumah jenis D berkeluasan 1,000 kaki persegi berharga RM220,000.

Kerja Kosong Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)“Seri Aduria terletak di atas tanah berkeluasan 2.04 ekar merangkumi 220 unit rumah iaitu 122 unit jenis C dan 98 unit jenis D. Manakala Musytari terletak di atas tanah berkeluasan 1.97 ekar (0.80 hektar) mempunyai 168 unit rumah iaitu 118 unit jenis C dan 50 unit Jenis D dengan dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air,” katanya.

Rosli berkata, selain lokasi strategik berdekatan lebuh raya Sprint, NKVE dan LDP terdapat juga beberapa kemudahan infrastruktur seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Orang ramai dijemput hadir mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan projek rumah mampu milik Selangorku pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Tanah Lapang Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Seksyen U5, Shah Alam.

Turut hadir pada majlis pelancaran adalah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali yang dijadual bermula seawal 9.00 pagi.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari lphs.selangor.gov.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.