Categories
NASIONAL

Dakwa putar belit, Khalid Samad saman BH RM2 juta

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JUN: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memfailkan saman terhadap media pro kerajaan, Berita Harian susulan laporan muka hadapan akhbar itu yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Beliau berkata, Berita Harian sengaja memburuk-burukan reputasinya dalam laporan berkenaan usul Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan Akta 355 dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pihaknya sudah mengemukakan notis tuntutan itu kepada Berita Harian menerusi peguamnya, Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Khalid Samad“Saya memberi tempoh sehingga minggu depan (tujuh hari) untuk mereka menarik balik dan membuat permohonan maaf kepada saya. Jika gagal, pihak kami akan mengambil tindakan saman dengan kos munasabah sehingga RM2 juta.

“Ini dakwaan serius dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai muslim, malah ada niat jahat ingin menggambarkan saya sebagai ‘khadam’ kepada DAP.

“Sedangkan pendirian saya ketika itu adalah berbeza dengan Ahli Parlimen DAP. Mereka tidak setuju usul itu dibahas atas peraturan mesyuarat dan saya tekankan bersetuju usul itu dibahaskan,” katanya.

Muka depan Berita Harian bertarikh 27 Mei lalu menyiarkan laporan: “Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah” yang didakwa Khalid mempunyai agenda politik menjatuhkannya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.