Categories
NASIONAL

Euro 2016: Cristiano Ronaldo cetus inspirasi kemaraan Portugal

OLEH AFIX REDZUAN

PARIS, 23 JUN: Dua jaringan babak kedua penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo sudah cukup membawa Portugal mara ke pusingan  16 pasukan terakhir selepas berjaya mengikat Hungary 3-3,awal pagi ini.

Ronaldo yang gagal menemui sentuhan jaringan dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan serta gagal menyempurnakan sepakan penalti memadam segala kritikan dengan aksi mengagumkan.

Hungary terlebih dahulu mengejutkan Portugal dengan jaringan awal pada minit ke-19 hasil rembatan kaki kiri Zoltan Gera.

1098-cristiano-ronaldo-wearing-portugal-new-green-jersey-for-the-euro-2016Nani meredakan tekanan Portugal sebelum menuju ke bilik perasalinan dengan rembatan kencang selepas menerima hantaran Ronaldo pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Balazs Dzsudzsak kembali meletakkan Hungary di depan selepas sepakan percuma beliau pada minit ke-47 berjaya menerjah jaring Portugal.

Portugal enggan mengalah dan kembali bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi jaringan cantik hasil kuisan bola ke belakang Cristiano Ronaldo.

Balazs Dzsudzsak sekali lagi mencipta nama selaku penjaring lima minit kemudian selepas rembatannya berjaya mengelirukan Rui Patricio untuk meletakkan Hungary kembali mendahului 3-2.

Ronaldo terus menjadi inspirasi kebangkitan Portugal apablia berjaya menanduk masuk hantaran Ricardo Quaresma pada minit ke-62 untuk mengikat keputusan 3-3 sehingga tamat permainan.

Keputusan itu melayakkan Portugal yang menduduki tempat ketiga kumpulan untuk mara menerusi format empat pasukan tangga ketiga terbaik.

EURO 2016Selain itu, dua jaringan ini berjaya menobatkan Ronaldo sebagai pemain tunggal dalam sejarah yang menjaringkan gol pada setiap kempen peringkat kumpulan Piala Eropah sejak empat edisi lalu.

Sebelum perlawanan, penyerang Real Madrid itu terpalit dengan kontroversi melemparkan mikrofon ke tasik ketika cuba ditemubual seorang wartawan.

Sementara itu, jaringan lewat permainan Traustason memastikan Iceland layak ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Austria 2-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan F.

Jon Dadi Boedvarsson membuka tirai jaringan pada minit ke-18 selepas menerima umpanan Kari Arnason.

Bersambung babak kedua, Austria cuba bangkit dan usaha mereka akhirnya berhasil selepas Alessandro Schoepf berjaya merembat masuk bola ke kiri gawang Iceland pada minit ke-60.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Traustason muncul wira apabila berjaya merembat masuk bola hasil satu serangan balas pantas bagi memastikan Iceland menduduki tempat kedua di belakang Hungary.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.