Categories
SELANGOR

PFAM, Asiana.my rai 80 penghuni ASDAF

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 80 anak yatim, saudara baru, fakir dan miskin Asrama Darul Falah (ASDAF) diraikan dalam Program Ziarah Ramadan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bersama-sama Asiana.my serta Kindness Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Saudara Izham Ismail, berkata ia merupakan Ramadan kedua PFAM terbabit dalam program kebajikan seumpama itu.

ASDAF“Pada Ramadan pada tahun lalu, kita raikan 10 keluarga di Taman Maluri dan ia diperluaskan lagi pada tahun ini kepada lebih ramai golongan memerlukan untuk dibantu.

“Ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial PFAM dan Asiana.my serta Kindness Malaysia dalam usaha meraikan mereka yang memerlukan di ASDAF ini”,” katanya dalam kenyataan.

Pengetua ASDAF, Sa’ari Kiban, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan perhatian yang diberikan oleh PFAM, Asiana.my dan Kindness Malaysia.

“Alhamdulillah, saya mewakili pihak ASDAF bersyukur dan berbesar hati dengan sumbangan yang diterima,” katanya.

Hadir sama Bendahari PFAM, Amirizdwan Taj Tajuddin, Exco PFAM, Mohd Fairuz Abdul Aziz serta para pemain dari pasukan AirAsia Allstars FC.

PFAM dan Asiana.my juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni dan juga kakitangan ASDAF.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.