Categories
SELANGOR

Karnival Mega Aidilfitri galak penyertaan usahawan

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JUN: Karnival Mega Aidilfitri sempena Festival Ramadan Selangor 2016, (Festira’16) berlangsung meriah di Stadium Malawati Shah Alam.

Berlangsung selama dua hari, ia menempatkan 300 buah gerai yang menjual pelbagai barangan antaranya jubah muslimah, tudung dan kasut.

megaraya 2Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan lebih banyak peniaga khususnya usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

“Selepas ini anda tidak lagi perlu bersesak ke Kuala Lumpur kerana kita di Selangor juga ada pusat membeli belah untuk persediaan raya.

“Kerajaan Negeri sedaya upaya menggalakkan keusahawanan sebagai sebahagian daripada tiang seri pembangunan negeri yang masih lagi mantap dan mampu bersaing,” katanya.

megaraya 3Jelas Amirudin, hampir RM300,000 subsidi diberikan kepada penganjur di seluruh tapak karnival jualan sempena Aidilfitri ini.

Selain di Stadium Malawati, Jualan Mega ini turut diperluaskan di SACC Mall, Bangi, Ampang Jaya dan Sabak Bernam.

Festira’16 yang dianjurkan buat tahun kedua berlangsung selama 40 hari bermula 27 Mei hingga 5 Julai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.