Categories
SELANGOR

Program Qiamulail, Sahur Perdana himpun kesatuan Ummah

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JUN: Tradisi mengimarahkan Masjid dan Surau seluruh negeri diteruskan dengan pengisisan program keagamaan bagi mendapatkan keberkatan sepanjang Ramadan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia termasuklah penganjuran program Qiamullail dan Sahur Perdana peringkat negeri di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

CP2A8971-800x533“Di bawah gerak kerja Jawatankuasa Belia dan Agama kita bergabung untuk membuat program ini yang mana penganjurannya cukup berbeza daripada tahun sebelumnya.

“Beberapa tahun lalu, program ini digerakkan di peringkat Jawatankuasa Agama, dan tahun ini kita bekerjasama. Alhamdulillah untuk tahun ini sambutan dan penyertaan daripada golongan belia khususnya anak-anak muda cukup baik.

“Walaupun sambutannya positif, namun saya mengharapkan lebih ramai golongan belia mengambil peluang ini dan sekali gus Kerajaan Negeri akan terus menyokong sebarang usaha keterlibatan golongan muda dalam program berfaedah seperti ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini ketika ditemui pada Masjlis berkenaan yang turut dihadiri lebih 500 jemaah dari seluruh negeri.

CP2A9023-800x533Program keagamaan itu turut diserikan dengan kehadiran Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Pengisian program turut dimanfaatkan menerusi sesi tazkirah dan slot motivasi pagi disampaikan Penceramah Bebas, Pencetus Ummah Muhammad Hafiz Mohd Haneefa dan Ustaz Haslin Baharin.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata Kerajaan Negeri terus konsisten menyediakan platform terbaik menerusi program keilmuan, keagamaan dan pembangunan belia seluruh negeri.

“Ini antara inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk menyediakan ruang dan wahana terbaik khusus kepada generasi muda untuk memenuhi Ramadan dengan aktiviti berfaedah.

“Kita sememangnya terbuka menyediakan pelbagai program termasuklah aktiviti harian seperti penyediaan makanan berbuka di Dataran Shah Alam dan penganjuran aktiviti berfaedah lain.

“Jadi rebutlah peluang ini khususnya kepada generasi muda dan InsyaAllah Kerajaan Negeri menyediakan tempat dan peluang terbaik kepada mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.