Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri fokus bangunkan e-dagang dan hab halal

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUN: Kerajaan Negeri komited memfokuskan bidang e-dagang, hab halal dan sains hayat sebagai pemacu pelaburan masa depan, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata ia sejajar dengan matlamat untuk Selangor terus membina serta memperkukuhkan kelebihan negeri berdaya saing.

teng chang kim 1“Sebagai negeri metropolitan, Selangor mempunyai rangkaian jalan raya dan rel, pelabuhan juga lapangan terbang yang menghubungkan lokasi perniagaan serta pusat pentadbiran ibu negara.

“Tidak ketinggalan tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan lebih 40,000 graduan setahun,” katanya di majlis berbuka puasa bersama media, di Hotel Hilton, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, syarikat pelabur semakin tertarik kepada infrastruktur yang dibangunkan selain insentif pelaburan yang disediakan sama ada Kerajaan Negeri, bahkan Malaysia menjadi salah satu daripada negara ASEAN yang digemari pelabur.

INVEST SELANGORPada masa yang sama, katanya, Selangor menjadi pilihan pelabur kerana kesungguhan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang menepati taraf sosial dengan standard gaya hidup sofistikated bandar terkemuka.

“Manakala bagi sektor elektronik dan elektrikal, kelengkapan pengangkutan, makanan, jentera dan peralatan serta sains hayat akan terus menjadi lima teras yang diberi tumpuan khas terhadap peluang baru yang dijana melalui sektor e-dagang, sains hayat dan halal,” katanya.

Beliau berkata, Invest Selangor mengadakan pertemuan dan membina jaringan di lebih 20 bandar utama di Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Jepun dan China dalam tempoh empat bulan ini.

Katanya, ia bertujuan untuk mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan yang berpontensi di negara terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.