Categories
NASIONAL

Putrajaya ‘lepas diri’ jenayah antarabangsa 1MDB – Kit Siang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berselindung disebalik skandal kewangan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan tersebut bakal mengundang tragedi lebih besar kepada kesengsaraan ekonomi rakyat.

Tidak cukup dengan itu katanya, Pengarah Esekutif 1MDB, Arul Kanda cuba menyembunyikan kebenaran biarpun pelbagai pihak meminta penjelasan lanjut mengenai skandal tersebut.

lim kit siang oren“Kerajaan UMNO Barisan Nasional dengan bantuan penuh Arul Kanda, cuba mengelak daripada bertanggungjawab terhadap skandal kewangan antarabangsa negara pertama itu.

“Mengapa Arul Kanda bersikap seperti ‘pencuri yang cuba menyembunyikan sesuatu’ dengan tidak mahu menjawab soalan media?” katanya menerusi rencana diterbitkan RoketKini.

Kit Siang berkata, pengurusan tertinggi 1MDB perlu bertangunggjawab menyelesaikan kemelut tersebut dengan tidak menggunakan dana rakyat.

Katanya, kegagalan 1MDB juga kini menyebabkan tangunggan hutang melampau sekali gus mengundang kepada masalah beban ekonomi negara.

1MDB“Memandangkan 1MDB adalah 100% syarikat kerajaan, Arul Kanda akhirnya dibayar menggunakan wang cukai rakyat dan tidak lebih dari seorang penjawat awam.

“Arul sepatutnya menunjukkan kesetiaan dan komitmen kepada 30 juta rakyat Malaysia dan bukan hanya kepada bekas majikannya saja,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

1MDB kini bergelut dengan lambakan hutangnya melebih RM40 bilion sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu.

Sepanjang penubuhannya, operasi syarikat cetusan Perdana Menteri itu diragui peranannya dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.