Categories
SELANGOR

Kompaun RM1,000 jika masih guna styrofoam

OLEH : NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 7 JUN: Tindakan kompaun maksimum RM1,000 kepada peniaga ingkar yang masih menggunakan styrofoam/ploystyrene di bazar Ramadan bagi memastikan alam sekitar terpelihara.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tindakan itu kali pertama dilakukan tahun ini.

mpsj bazaar 2“Walaupun program Kempen Cintakan Alam Sekitar ini memasuki tahun ketiga namun tindakan kompaun ini dikuatkuasa tahun ini.

“Kita sebelum ini mahu menguar-uarkan dahulu. Kita sudah tiba masa untuk kita bertegas,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Tapak Bazar Ramadan MPSJ di Usj 4, di sini.

Nor Hisham berkata selaras dengan pelaksanaan Pelan Bandar Hijau MPSJ 2030, MPSJ mengambil inisiatif menjadikan Bazar Ramadan sebagai platform untuk melaksanakan kempen itu.

Katanya, program inisiatif hijau itu ialah menyarankan pembeli membawa bekas sendiri ke bazar Ramadan dan tidak lagi menggunakan Styrofoam dan Polystyrene.

“Untuk tahun ini, Bazar Ramadan MPSJ menganjurkan juga kempen minyak masak terpakai selain kempen membawa bekas sendiri, katakan tidak pada plastik dan polisterin,” katanya.

Tahun ini, sebanyak 22 tapak Bazar Ramadan di sekitar Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Serdang serta Seri Kembangan.

Ia menjadikan jumlah peniaga seramai 1,356 peniaga dan 1,585 jumlah petak.

Nor Hisham berkata MPSJ akan mengadakan pemilihan Peniaga Bazar contoh 2016 dan hadiah bernilai RM1,000 kepada 10 peniaga contoh.

Untuk rekod, 2015 MPSJ berjaya mengutip sebanyak 215 kilogram (kg) minyak masak terpakai dan 295 kg pada tahun 2014 di 12 lokasi bazar Ramadan terpilih.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.