Categories
SELANGOR

LZS: Taja anak asnaf bidang kemahiran, lahir generasi cemerlang

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JUN: Komitmen Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap pendidikan anak asnaf diteruskan dengan menaja mereka yang layak dalam bidang kemahiran.

LZS menerusi facebooknya, berkata ia bagi membantu anak asnaf tidak berpeluang menyambung dalam bidang akademik, melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran seperti bakeri, penyediaan makanan, elektrik, mekatronik dan automotif.

LZS ILK“Bidang kemahiran juga menjamin ruang kerjaya yang terbuka luas dan ada di antara mereka yang menerima tawaran kerja sebelum tamat belajar lagi.

“Ia juga sebahagian usaha LZS melahirkan generasi kedua asnaf sebagai generasi cemerlang yang mampu membawa keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Selain bantuan pendidikan untuk anak asnaf menyambung pengajian ke Institut Latihan Kemahiran (ILK), LZS juga menaja mereka yang layak ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.