Categories
SELANGOR

MB ucap takziah keluarga Zahid Hamidi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 JUN : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan takziah ke atas pemergian menantu Timbalan Perdana Meteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Alwi semalam.

Menulis di Twitter, Mohamed Azmin berharap agar pemergian Allahyarham Syed Alman dicucuri rahmat dan mendapat keredhaanNya.

Al-FATIHAH“Takziah buat keluarga Datuk Seri Zahid Hamidi. Semoga arwah menantunya Datuk Syed Alman Zain mendapat husnul khatimah dan ni’mat syurga Allah,” katanya.

Allahyarham tidak sedarkan diri ketika menjalani pemebedahan gigi di sebuah klini pergigian di Bangsar, semalam.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, sehingga tengah malam tadi, jenazah Syed Alman dibedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Allahyarham Syed Alman Syed Alwi merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau juga merupakan pengasas kepada syarikat teknologi maklumat, i-Gen Technology, dan Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B Shah Alam.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.