Categories
SELANGOR

Selangor Job Fair 2016: Lebih 5,000 jawatan kosong ditawarkan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUN: Lebih 5,000 pekerjaan ditawarkan 64 syarikat menerusi Selangor Job Fair 2016 yang berlangsung pada 28 Mei lalu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata peluang terbuka kepada graduan baru dan mereka yang berhasrat mempertingkatkan kerjaya sedia ada.

Katanya, antara pekerjaan ditawarkan termasuk kekosongan dalam industri kejuruteraan, pemakanan, kesihatan, peruncitan, perkhidmatan dan automotif.

NIK NAZMI (1)“Kita menemukan syarikat dengan tenaga kerja secara terus bagi memenuhi keperluan tenaga buruh industri Selangor, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Dengan keadaan ekonomi sedia ada, Kerajaan Negeri sentiasa beri yang terbaik untuk membolehkan rakyat negeri ini memperoleh kerjaya stabil,” katanya.

Bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), karnival dihadiri lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Selangor.

Pengunjung juga berpeluang untuk ditemuduga secara terus oleh syarikat yang terlibat.

Program julung kali ini turut mendapat kerjasama Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.