Categories
SELANGOR

Penerima Smart Selangor Food Stamp Batu Tiga terima ‘bonus’ tambahan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Seramai 100 penerima Smart Selangor Food Stamp DUN Batu Tiga menerima bonus tambahan hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata kesemua penerima terus didaftarkan di bawah program kemahiran diri bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan atas talian (online).

SELANGOR FOOD STAMP (1)Katanya, program berkenaan akan dijalankan selama enam bulan sebelum peserta diberikan modal untuk memulakan perniagaan daripada rumah.

“Kita sudah lakukan ‘survey’ ke atas 100 penerima ini dan mendapati mereka mempunyai bakat tetapi tidak tahu tempat yang mampu mengoptimakan potensi diri mereka.

“Maka, kita mengambil langkan intensif ini bagi memberi peluang mereka meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beliau melancarkan program Smart Selangor Food Stamp DUN Batu Tiga dan menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di sini, hari ini.

Selain program kemahiran diri, penerima juga berpeluang memilih dua pasang pakaian hari raya hasil sumbangan orang ramai.

“Alhamdulillah, masyarakat di sini sentiasa melibatkan diri untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Diharap sumbangan diterima hari ini mampu mengurangkan bebanan penerima sempena Ramadan dan Syawal nanti,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.