Categories
SELANGOR

PJ City Bus mula laluan percubaan baru 1 Ogos

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 JUN: Perkhidmatan Bas Percuma PJ City Bus akan memulakan laluan percubaan baru bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober dengan memendekkan laluan di sepanjang Jalan SS3/39 di PJ04.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata cadangan laluan baru itu membabitkan Jalan SS3/80, Jalan SS3/29, Jalan SS8/29 dan Jalan SS3/39.

MBPJ Datuk Bandar“Sejak diperkenalkan pada 18 Januari lalu dan berdasarkan ‘ridership’ sehingga Mei 2016, purata penggunaan adalah 1,110 orang sehari atau 20,401 sebulan.

“Justeru, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan satu kajian semula dengan mengambil kira aspek lokaliti meliputi kawasan perumahan berkepadatan tinggi serta menjadi tumpuan penduduk sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Datuk Bandar Mesyuarat Majlis Bil6/2016 di Dewan Bunga Tanjung, Bangunan MBPJ, hari ini.

Katanya, hebahan dan promosi berkenaan perubahan laluan itu akan diuar-uarkan kepada penduduk menerusi laman sesawang dan media sosial selain pemasangan banner serta pengedaran risalah.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.