Categories
SELANGOR

Selesai bil tepat pada masa demi kesejahteraan bersama

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 JUN : Masyarakat disaran menjelaskan pembayaran caj penyelenggaran kediaman demi kelangsungan manfaat jangka panjang penduduk setempat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata kesedaran itu perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk di kediaman jenis serata.

Iskandar Samad“Kejayaan pentadbiran serta pengurusan pangsapuri tidak terhad kepada pembayaran cas semata-mata, keutamaan juga adalah pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai murni dalam kalangan penduduk.

“Rasa bersalah lebih dirasai sekiranya kita gagal membayar bil air, elektrik atau lain-lain caj kerana akibat tindakan itulah menyebabkan pemotongan bekalan air meter pukal dan bekalan elektrik.

“Ini sekali gus menjejaskan semua penduduk termasuk mereka yang selama ini melaksana tangunggjawab membayar caj tanpa gagal,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan sempena Kempen Pangsapuri Kita, Bersih, Ceria dan Harmoni di Pangsapuri Iris, Saujana Putra, di sini semalam.

Terdahulu, kempen berkenaan merupakan gerak kerja berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan masyarakat kediaman serata terus terjamin.

Dalam perkembangan sama, Iskandar menyarankan Jawatankuasa Penduduk supaya bijak menguruskan hasil pembayaran penyelenggaraan penduduk secara konsisten.

Antaranya, termasuklah cadangan membuat caruman insurans sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kes kecemasan dan bencana.

“Jika berlaku kecemasan seperti kerosakan bumbung akibat ribut atau kebakaran bangunan, tindakan baikpulih segera boleh diambil menerusi pembiayaan insuran.

“Ini boleh dilakukan sekiranya sebahagian pembayaran caj diterima daripada penduduk dicarumkan secara konsisten kepada syarikat insuran untuk melindungi bangunan daripada kes-kes bencana seperti kebakaran dan ribut,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.