Categories
NASIONAL

Cub Prix: Tengku Amirul tekad buru mata maksimum

SHAH ALAM 30 JULAI : Tengku Amirul Haffirudin tekad memburu mata maksimum bagi menebus kehilangan mata dalam usaha untuk memburu gelaran juara keseluruhan CP115 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu memulakan kempen musim 2016 dengan cemerlang setelah berjaya meraih tiga podium pada permulaan musim.

Namun usaha Tengku Amirul untuk terus mendominasi saingan CP115 tidak kesampaian setelah dikenakan penalti akibat melakukan aksi berbahaya pada pusingan keempat di Kelantan meskipun berjaya menjuarai perlumbaan.

tengku-02Akibat insiden tersebut, Tengku Amirul dikenakan penalti menyaksikan penyertaannya dibatalkan dan 25 mata yang diraih turut terbatal.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Tengku Amirul apabila masih mengungguli kedudukan pelumba CP115 dengan 70 mata, 19 mata dihadapan pencabar terdekat, Harith Farhan Baharin.

“Meskipun saya masih berada di atas, namun kelebihan jurang mata semakin mengecil. Dengan hanya berbaki enam pusingan pada musim ini, saya perlu kembali melebarkan jurang pungutan mata.”

Saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS berlangsung pada 30 dan 31 Julai di Stadium Mini Teluk Intan. Masuk adalah percuma.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.