SHAH ALAM 30 JULAI: Gempa Bumi kuat berlaku pada jam 5.18 pagi tadi di lokasi 18.5N 145.7T dengan magnitud 7.6.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu dikesan di kedalaman 228km di Mariana Islands, 1956km Tenggara Yokosuka, Japan dan 3300km Timur Laut Kinabatangan.
Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.
EZY