Categories
NASIONAL

Euro 2016: Penangan Griezman tumbangkan Jerman

OLEH AFIX REDZUAN

PARIS, 8 JULAI: Perancis meranapkan impian Juara Piala Dunia 2014, Jerman untuk mara ke pentas akhir Euro 2016 apabila menang bergaya 2-0 dalam aksi kedua peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.

Dua jaringan Antoine Griezman pada setiap babak sudah cukup memastikan kemaraan Les Bleus, selaku pasukan tuan rumah selepas kali terakhir berbuat demikian pada edisi Euro 2000.

Aksi babak pertama menyaksikan Griezman hampir membuka jaringan buat Perancis seawal minit ketujuh, namun rembatan lemah beliau berjaya ditepis penjaga gol, Manuel Neuer.

ANTOINESelang enam minit kemudian, giliran Thomas Muller pula gagal menyudahkan hantaran Emre Can untuk mencipta gol pertama perlawanan apabila percubaanya sekadar melintasi gawang gol.

Seminit kemudian giliran Emre Can menguji Hugo Lloris di gawang Perancis, namun percubaan tepat itu berjaya ditepis keluar.

Dimitri Payet turut berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-25, namun sepakan percuma dari jarak 30 meter berjaya dikawal kemas Neuer.

Ketika saingan masuk di penghujung babak pertama, Perancis dianugerahkan sepakan penalti apabila Bastian Schweinsteiger tertampan bola menggunakan tangan.

Griezmann dengan tenang menyempurnakan sepakan itu bagi memisahkan kedudukan dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Die Mannshaft menggandakan serangan ke kubu Perancis bagi mencari gol penyamaan namun ketumpulan jentera hadapan gagal menemui penyudah.

EURO-2016-604x270Sebaliknya, Griezmann menceriakan hampir 65,000 penyokong tuan rumah dengan gol kedua apabila memanfaatkan kesilapan Neuer bagi meletakkan Perancis selesa mendahului 0-2 pada minit ke-72.

Paul Pogba yang memulakan gerakan berjaya menghantar bola ke tengah kotak penalti. namun kegagalan Neuer mengeluarkannya di dalam kawasan bahaya mengundang padah apabila dimanfaatkan sepenuhnya Griezmann bagi gol keenam beliau sepanjang edisi Euro 2016.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus melayakkan Perancis mara ke final bertemu Portugal, 11 Julai ini.

Kali terakhir Perancis menjulang Piala Eropah adalah ketika menjadi tuan rumah pada edisi Euro 2000 selepas menang 2-1 ke atas Itali menerusi jaringan emas David Trezeguet.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.