Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

GST dan subsidi rakyat dipotong tutup ‘lubang’ 1MDB

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAPAR, 23 JULAI: Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah pemimpin rasmi Malaysia nombor satu menyebabkan rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang berbilion Ringgit ke atas perbelanjaan tidak memberi faedah kepada negara.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata hal ini berikutan langkah Kerajaan Persekutuan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), memotong pelbagai subsidi dan lain-lain bagi menggantikan berbilion Ringgit dana kerajaan yang hilang begitu sahaja berkaitan skandal 1MDB.

“Dalam kenaikan kos sara hidup, rakyat dikenakan pula GST dan subsidi barangan keperluan dipotong untuk membayar hutang kerajaan semakin besar disebabkan 1MDB ini,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka DUN Sementa Bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kapar berhampiran Masjid Al-Ansar di sini, malam tadi.

NAJIB 1MDBJelasnya, skandal 1MDB yang memalukan ini tidak mungkin terjadi sekiranya Kerajaan Malaysia dipimpin oleh seseorang yang amanah dalam menguruskan dana rakyat.

Bagaimanapun katanya lagi, rakyat Selangor bernasib baik apabila Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyatnya sentiasa terbela dengan pelbagai usaha dan idea baru termasuk Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.