Shah Alam, 22 JUL : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri itu bagi mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomerz dibatalkan.
Pengarahnya, Dato’ Haris Kassim mengakui pihaknya menerima beberapa permohonan daripada masyarakat umum menuntut konsert penyanyi sensasi Amerika yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati, di sini pada 25 Julai itu dibatalkan.
Namun, katanya proses itu diluar bidang kuasa JAIS sebaliknya dibawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Adalah ditegaskan disini, sebarang pembatalan ‘Konsert Selena Gomez’ adalah tertakluk dibawah bidang kuasa PBT dan ia diluar bidang kuasa JAIS.
“Tidak dinafikan JAIS menerima beberapa permohonan dari masyarakat umum supaya konsert tersebut dibatalkan, dan permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada PBT,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-nR-