Categories
SELANGOR

MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kata-kata spontan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencuit hati hadirin yang mengikuti Forum Kebebasan Maklumat di Dewan Annex di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

“Kenapa pandang saya, saya bukan ‘Malaysia Official 1’ tetapi saya ‘Selangor Official 1’,” katanya sebelum meneruskan ucapannya pada forum terbabit.

Kata-kata itu dilontarkan Mohamed Azmin sejurus beliau menyentuh isu saman sivil dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika terhadap individu dinamakan sebagai ‘Malaysia Offcial 1’ dan beberapa individu lain yang rapat dengan Perdana Menteri termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

PMB_5986Keadaan itu itu menyebabkan dewan riuh dengan gelak ketawa para hadirin forum yang menampilkan panelis terkenal tempatan dan luar negara.

Perkataan ‘Malaysia Official 1’ menjadi perbualan masyarakat apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menamakan ‘Malaysia Official 1’ sebagai salah seorang dinamakan sebagai defenden dalam saman sivil bagi merampas aset dikaitkan dengan skandal 1MDB bernilai berbilion Ringgit.

Walaupun secara amnya masyarakat di negara ini percaya ‘Malaysian Official 1’ adalah Najib, namun pemimpin Umno masih cuba menafikannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.