Categories
SELANGOR

MBSA laksana pengasingan sisa pepejal di 5 lokasi

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa pepejal di lima lagi lokasi, bermula Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 1,500 unit rumah terlibat dalam program itu tahun ini.

“Antara lokasi yang terlibat di Seksyen 19, 24, 31 dan Seksyen U5.

SHAHRIN“Tahun lalu, sebanyak 15,076 metrik tan bahan kitar semula dikutip menerusi program ini dalam tempoh tiga bulan, bermula Oktober lalu,” katanya.

Menerusi program itu, setiap isi rumah dibekalkan dengan beg biodegradasi untuk mengasingkan setiap sisa sampah mengikut komposisi yang ditetapkan iaitu plastik, kertas, kaca dan aluminium.

Shahrin berkata, Selangor masih belum menguatkuasakan tindakan saman atau kompaun terhadap pemilik premis dan kediaman yang gagal mengasingkan sisa pepejal.

“MBSA berharap program yang dilaksanakan itu mampu mendidik orang ramai supaya mengamal dan membudayakan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Sebelum ini, lima kawasan iaitu Seksyen 7, 32, U8, U13 dan Seksyen U16 terlibat dalam ‘Projek Rintis Program Pengasingan Sampah dari Rumah’, bermula Oktober 2015.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.