Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPSJ jayakan sukan sambil beramal

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka dan Veteran 2016, di samping membantu golongan fakir juga miskin.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kejohanan sambil beramal itu adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan di kawasan pendtadbiran MPSJ dengan kerjasama Program Kemiskinan Masyarakat Bandar (PKMB) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

IMG_0789“Peserta bagi ketegori terbuka akan dikenakan yuran RM50 serta dua kampit beras, manakala kategori veteran juga RM50 untuk yuran penyertaan serta satu kampit beras berharga RM30.

“Ia adalah untuk program Amal PKMB, Home Help Service dan anakyatim,” katanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di ibu pejabat MPSJ, di sini, hari ini.

Program akan berlangsung di Kompleks 3K, SS13, di sini, pada 13 dan 14 Ogos ini.

Hisham berkata, penganjuran kejohanan itu juga bagi menggalakkan amalan hidup sihat, di samping memberi peluang dalam kalangan remaja, belia dan veteran melibatkan diri dengan kegiatan sukan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.