Categories
SELANGOR

Sukma 2016: Renang Selangor akhiri saingan penuh cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Selangor menutup saingan penuh cemerlang dalam acara renang Sukan Malaysia (Sukma) 2016 dengan mengungguli 4 X 100 meter rampaian lelaki dan wanita di Pusat Akuatik Sarawak, di sini, petang semalam.

Lebih manis. acara 4 X 100 meter lelaki mencatat rekod baru dengan 3:49.98s mengatasi rekod sendiri dilakarkan Selangor (3:53.90s) pada Sukma 2012.

Sebelum itu, Yeap Yang Zheng menggembirakan kem Selangor apabila turun dalam 1,500 meter gaya bebas lelaki untuk memastikan emas menjadi milik negeri itu dengan catatan masa 16:10.27s.

Beliau mengalahkan Wong Jun Bin (Wilayah Persekutuan) dan Ngu Jiung Wei (Sarawak) untuk perak dan gangsa.

renang 3 kumpulan emasSaingan dalam acara 4 X 100 meter ramapaian lelaki menyaksikan perenang Selangor terdiri daripada Jordan Yip Zhu Ren, Shaun Yap Kah Choon, Chan Jie dan Yeap Yang Zheng bertindak hebat mengatasi cabaran lawan.

Mereka menewaskan Tern Jian Han, Wong Fu Kang, Tia Faang Der dan Kenji Lim (Johor) (perak) dan Brandy Chew, Faizal Adam Afif, Wong Jun Bin dan Keith Lim (Wilayah Persekutuan) bagi gangsa.

Empat prenang wanita Selangor, Caroline Chan Zi Xin, Koh Jia Yi, Yap Siew Hui dan Kok Cher Ling Maryann merakamkan masa 4:23.54s untuk memenangi emas.

Catatan itu membuatkan mereka meninggalkan perenang Wilayah Persekutuan, Tan Rou Ying, Christina Loh, Anjali Lim dan Ong Ming Fen (perak) serta pasukan Sarawak, Nita Wong Zhi Yi, Erika Kong, Angela Chieng Chui Fei dan Cindy Sui Yea Zhen (gangsa).

Selangor jelas membuktikan penguasaan dalam acara renang dan terjun dalam saingan empat hari dengan jumlah keseluruhan 20 emas, 15 perak dan 9 gangsa mengatasi tuan rumah, Sarawak (6 emas, 3 perak, 4 gangsa) dan Wilayah Persekutuan (5 emas, 14 perak, 10 gangsa).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.