Categories
NASIONAL

Pendedahan DOJ, SPRM mesti bertindak siasat 1MDB semula

SHAH ALAM 23 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula fail siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) sehingga membawa kepada pendakwaan pihak terlibat tanpa dibayangi campur tangan politik.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abd Rahim, berkata gesaan itu dibuat merujuk kepada pendedahan diketengahkan Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada April lalu dan bukti terkini didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) Amerika Syarikat.

Katanya, ABIM juga mendesak butiran laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dapat didedahkan kepada rakyat yang menjadi mangsa skandal 1 MDB.

ABIM-RAIMI-300x236

“ABIM kecewa terhadap kelembapan serta sikap acuh tidak acuh yang tergambar sepanjang proses siasatan dan pendakwaan membabitkan semua individu bertanggungjawab terhadap skandal mencemarkan maruah negara di mata masyarakat dunia,” kata Mohamad Raimi dalam kenyataa media.

Katanya, ABIM mencermati maklumbalas daripada pelbagai pihak berhubung dengan pendedahan mengenai penyalahgunaan dana syarikat pelaburan negara 1MDB oleh DOJ yang mengumumkan sebanyak US Dollar 1 Billion akan diambil oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Nilai itu dikatakan sebahagian dari wang yang dilarikan bernilai US Dollar 3.5 Billion dari syarikat perlaburan tersebut yang dipalit dengan pelbagai skandal yang memalukan.

“Pengumuman tersebut merupakan satu lagi episod hitam yang menarik perhatian masyarakat dunia ke atas Malaysia.

“Maka seluruh pihak termasuk badan eksekutif tertinggi seharusnya bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan susulan isu penyalahgunaan dana syarikat milik kementeian kewangan tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.