Categories
NASIONAL

Pengorbanan Aidilfitri, jangan lupakan mereka di dalam sana

 

OLEH NAZLI IBRAHIM

Bagi kebanyakan kita yang terpaksa bertugas pada Aidilfitri pasti ia pengalaman yang amat memeritkan. Masakan tidak, ketika orang lain bergembira di samping keluarga, kita terpaksa berkorban bagi menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

Namun, jangan kita lupa ada insan lain yang melakukan pengorbanan lebih besar daripada itu. Ketika kita bergembira meraikan hari lebaran bersama insan tersayang, mereka terpaksa meraikannya di sebalik tembok penjara.

Mereka ini sanggup berkorban, terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta demi menjadikan Malaysia ini lebih baik. Mereka mengimpikan Aidilfitri dan perayaan lain lebih baik pada masa akan datang. Mereka ini mengimpikan hari raya generasi akan datang lebih bermakna untuk semua.

BEBAS ANWARKetua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kali pertama beraya di penjara tetapi sudah hampir 10 kali beraya di dalam jeriji besi itu.

Kali pertama beliau beraya di penjara ketika aktif sebagai aktivis pelajar dan ditahan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1974 hingga 1976.

Kemudiannya, pada 1999 hingga 2004, ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau sekali lagi dipenjarakan akibat fitnah lantaran sikapnya yang enggan berkompromi dengan aktiviti rasuah yang semakin berleluasa dalam kerajaan ketika itu.

Selepas dua kali dipenjarakan, Anwar kekal istiqamah dengan pendiriannya menentang kebatilan. Akibatnya, pada 2015 sekali lagi beliau dihumban di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.

Selain Anwar, turut meraikan Aidilfitri kali ini di dalam penjara adalah bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun. Beliau dipenjarakan sejak Mac lalu.

Sama seperti Anwar, beliau juga seorang pejuang yang tegar bagi memastikan generasi akan datang dapat meraikan hari raya lebih baik pada masa akan datang.

SAARI SUNGIBSelain Anwar dan Mohd Yahya, ramai lagi pejuang yang pernah merasakan pengalaman beraya di dalam tahanan. Antaranya Allahyarham bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu yang terkenal sebagai kepala gerakan peristiwa mogok utusan, Said Zahari.

Beliau ditahan di bawah ISA di Singapura selama 17 tahun sekitar 1963 hingga 1980.

Turut sama sahabat baik Allahyarham, Syed Husin Ali yang juga menjadi mangsa tahanan ISA selama enam tahun (1974-1980) tanpa bicara berikutan penglibatannya bersama Anwar dalam tunjuk perasaan membela nasib petani di Baling dan pelajar di Kuala Lumpur.

Turut menjadi mangsa beraya dalam tahanan ISA selepas terlibat dalam demontrasi besar-besaran itu adalah Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang juga ditahan pada 1974 hingga 1976.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri, Hulu Klang, Saari Sungip juga tidak terlepas ‘peluang’ meraikan 1 Syawal di sebalik tembok penjara selepas ditahan di Kem Kamunting selama dua tahun pada 2001. Sebelum itu juga beliau pernah ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.