Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Piala Malaysia: Selangor buru kemenangan lawan Kelantan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 JULAI: Selangor memburu kemenangan dalam pertemuan dengan Kelantan malam ini, untuk kembali menguasai Kumpulan B kempen Piala Malaysia musim ini.

The Red Giants jatuh ke tangga kedua apabila Kuala Lumpur ditewaskannya 1-0, 12 Julai lalu, kini menerajui kumpulan apabila bangkit mengatasi Pahang 2-0 dalam pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, malam tadi.

RED-GIANTS-660x471Kemenangan akan meletakkan Selangor pada kedudukan selesa dengan enam mata daripada dua perlawanan.

Beraksi di Stadium Shah Alam, di sini, pasti digunakan sepenuhnya skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan biarpun mengakui cabaran getir bakal ditempuh ekoran kebangkitan Kelantan membelasah Terengganu (6 – 1) dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.

Namun, rekod pertemuan terakhir (21 Mei lalu) antara kedua pasukan memihak kepada Selangor (5-2) akan meningkatkan keyakinan Merah Kuning bagi mencipta kemenangan.

“Selangor ingin terus mengumpul mata bagi mengukuhkan kedudukan dan akan menggunakan segala kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri.

“Diharapkan pemain akan meningkatkan persembahan dan komitmen serta tidak melepaskan peluang keemasan diperoleh,” kata Zainal.

Beliau sebelum ini menjelaskan pasukan akan ditimpa bencana seandainya gol tidak dijaringkan kerana juara Piala Malaysia tahun lalu itu mencatat kemenangan pada saat akhir ketika berdepan Kuala Lumpur serta PDRM (2-1) dalam liga, 16 Julai lalu.

Selain mengharapkan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh kembali kepada prestasi sebenar, Selangor berdepan skuad bimbingan Velizar Popov malam ini tanpa khidmat Andik Vermanshah ekoran kecederaan.

Ketiadaan Andik biarpun dirasai The Red Giants, namun Zainal tentu mempunyai jawapan dengan persembahan cemerlang pemain sedia ada seperti R Gopinanthan, Hafiz Kamal, S Veenod serta yang lain.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.