Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Raja Muda terima watikah tauliah Pegawai Muda Tentera Darat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI UDANG, 19 JULAI : Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima watikah petauliahan Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara di Kem Terendak, Melaka pagi ini.

Watikah pertauliahan disampaikan menerusi upacara penuh istiadat ketenteraan di Dataran Parawood dengan disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Raja MudaIstiadat pengurniaan watikah turut diselangi demostrasi pertunjukkan payung terjun bebas daripada 10 Briged (PARA) dan persembahan tempur tanpa senjata (Unarmed Combat) dengan gabungan semua seni mempertahankan diri beserta demostrasi rawatan kecederaan Tactical Combat Casualty.

Selain itu pertunjukan Combat Swimming, Abseiling, Repelling, Fast Roping, Serangan Seksyen, Human Wave dan Tarian PARA turut dipersembahkan dalam istiadat pergurniaan.

Tarian dan nyanyian Lagu 10 Briged PARA turut dipersembahkan kepada umum sebagai simbolik kepada perjuangan dan bukti semangat setia kepada pasukan ketenteraan 10 Briged PARA.

Selain Baginda Raja Muda, empat lagi pegawai muda turut menerima watikah perlantikan sebagai Leftenan Muda, LT Mohd Nafiq Afifi Jumaan, LT M Muhamad Akmal Azmi, LT Mohamad Haziq Mohd, LT M Mohammad Hariz Hashim.

Upacara penyerahah watikah turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun, YM PTD Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohmed Noor, PAT Jeneral Tan Sri Datuk Sri Dr Hj Zulkifli Mohd Zain.

Baginda Raja Muda sebelum ini menjalani latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 di RMA Sandhurst, United Kingdom pada 3 Mei 2015 hingga 15 April 2016.

Selain itu, Tengku Amir mendapat pendedahan awal berkaitan awal kursus adas ketenteraan di Kolej Tentera Darat (KTD) Port Dickson selama sebulan dan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

Baginda Raja Muda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KOR RAMD dan ditempatkan di 17 RAMD (PARA) Kem Terendak, Melaka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.