Categories
SELANGOR

RapidKL letak Penyelaras Trafik pastikan Bas Smart Selangor lancar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 JULAI: Prasarana Malaysia Berhad menempatkan Penyelaras Trafik untuk memastikan Bas Smart Selangor kendalian anak syarikatnya, Rapid Bus Sdn Bhd (RapidKL) lancar tanpa gangguan.

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik, Lim Jin Aun, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan pergerakan bas mengikut jadual serta mengelak kejadian sama berulang.

basMPAJ 1“Seperti yangg diketahui, kami mempunyai empat bas untuk laluan Klang pada hari kejadian tetapi sebuah bas terlibat dalam kemalangan kecil dan perlu membuat laporan polis.

“Tiga lagi terlibat dalam kesesakan trafik yang teruk seterusnya menganggu jadual perjalanan masing-masing,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau mengulas penjelasan dituntut Kerajaan Negeri berhubung perkhidmatan Bas Smart Selangor yang mengalami masalah di Klang, semalam.

Terdahulu, Exco Negeri, Dato’ Teng Chang Khim turut menggesa RapidKL memastikan perkhidmatan kembali lancar.

Jin Aun berkata, pihaknya mengambil makluman serius berhubung teguran Kerajaan Negeri itu.

“Kami memohon maaf ke atas kejadian yang tidak diingini semalam. Kami akan pastikan perkhidmatan lebih baik selepas ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.