Categories
NASIONAL

Reka bentuk pembahagi jalan perlu diubahsuai

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JUL: Kerajaan Persekutuan sepatutunya mencari alternatif reka bentuk pembahagi jalan baru lebih selamat dan kondusif buat pengguna jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut terutama di musim perayaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata reka bentuk sedia ada membahayakan pengguna jalan raya kerana beberapa kemalangan maut akibat terkena tusukan besi pembahagi jalan direkodkan sejak ia mula diperkenalkan.

pembahagi jalanKatanya, penunggang motosikal antara berisiko tinggi menjadi mangsa reka bentuk tidak kondusif pembahagi jalan.

“Kerajaan perlu mencari alternatif lebih selamat bagi mengelakkan kenderaan menyeberangi lorong bertentangan atau menjunam ke gaung.

“Dalam masa sama ia mesti menjamin keselamatan pengguna supaya tidak ada lagi pemandu atau penumpang tertusuk besi penghadang jalan berkenaan,” katanya.

Mahfuz berkata, kajian segera perlu dilakukan secara terperinci bagi mencari penyelesaian terbaik supaya kejadian sama tidak berulang.

Beberapa kemalangan akibat pembahagi jalan dilaporkan media menjelang Aidilfitri hingga mengorbankan beberapa pengguna jalan raya.

Terbaru, seorang wanita meninggal dunia tertusuk besi pembahagi jalan dalam satu kejadian kemalangan bersama suami dan anaknya di Batu 5, Paka, Terengganu.

Manakala dua kematian dilaporkan berlaku dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara berhampiran Bukit Merah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.