Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sambutan Aidilfitri MPSJ terap elemen bandar hijau

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil inisiatif menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai elemen dalam usaha mengangkat Program Inisiatif Hijau.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan, berkata majlis sambutan hari raya tahun ini berlandaskan ke arah bandar hijau dengan mengadakan Kempen Cintakan Alam Sekitar ‘Katakan tidak pada Styrifoam/Polystyrene’.

CP2A6055“Bagi menjayakannya, MPSJ menyediakan pinggan dan mangkuk berasaskan biodegradable kepada penggerai yang terlibat.

“Selain itu, MPSJ turut menyediakan tong pengasingan sisa makanan dan kutipan minyak masak terpakai pada majlis hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MPSJ 2016 dihadiri dengan meriah emua kakitangan MPSJ bersama Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan di hadapan Kompleks Arena MPSJ, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, MPSJ turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.