Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Semangat Foo Kok Keong jadi inspirasi

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JULAI: Semangat juang tinggi dipamerkan lagenda badminton negara, Foo Kok Keong perlu dijadikan inspirasi kepada semua atlet sukan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata atas semangat itu Kerajaan Negeri berbesar hati menyokong penganjuran kali kelima Kejohanan Badminton Antarabangsa Piala Foo Kok Keong.

Amirudin Shari a“Kejohanan ini bukan sahaja kita ingin mengumpulkan pemain yang pernah menjadi lagenda satu ketika dahulu tetapi kita memilih Foo Kok Keong kerana mempunyai semangat juang luar biasa.

“Masih kita ingat pada tahun 1992, waktu itu beliau demam namun tetap bertarung demi negara.

“Dalam sukan teknik, kemahiran dan tektikal ada kalanya berubah. Dari semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi ini ia akan kekal selamanya diingati,” katanya.

Kejohanan Piala Foo Kok Keong berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 17 Julai disertai 12 pasukan dari dalam dan luar negara.

Enam pasukan luar negara yang menyertai pertandingan dari Indonesia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Australia.

Dalam kejohanan sama, Amirudin turut meluangkan masa mempamerkan kemahiran bermain badminton bersama Foo Kok Keong dalam aksi beregu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.