Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

SUKMA 2016: Selangor terus beri cabaran, capai kejayaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 27 JULAI: Kontinjen Selangor mengakhiri cabaran pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, di sini, semalam, dengan kutipan pingat 31 emas, 41 perak dan 34 gangsa.

Kekal di tangga kedua, pasukan Lembah Klang itu mengekori rapat tuan rumah, Sarawak (36 emas, 20 perak, 30 gangsa) yang mendahului pungutan pingat sehingga kini.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan (21 emas, 28 perak, 24 gangsa) jatuh satu anak tangga ke tempat keempat diganti Terengganu dengan catatan 23 emas, 17 perak dan 36 gangsa.

344A2335Prestasi bergaya atlet mencerahkan harapan Selangor untuk mencapai sasaran 48 emas dan tidak mustahil ia diatasi dengan jumlah lebih besar seperti dinyatakan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

“Saya percaya jika kita dapat menambah semangat dan keyakinan kepada atlet, keputusan luar biasa mampu dicatat,” katanya.

Semalam, acara renang dan terjun terus menceriakan kem Selangor dengan menuai lima emas dan dijangka berlarutan hari ini dengan atlet turun ke gelanggang dalam beberapa acara lagi.

Di samping itu, badminton juga meneruskan cabaran dalam beberapa acara individu bagi mencari tempat ke pentas akhir selepas menyumbang satu emas (berpasukan lelaki) dan perak (berpasukan wanita), semalam.

Pelbagai acara berlangsung membabitkan peserta Selangor antaranya menembak, hoki, petanque dan olahraga terus menjadi sandaran dalam pungutan pingat yang kina rancak serta sengit.

Slogan ‘Smart Selangor Tekad Juara’ menjadi pembakar semangat kepada kontinjen Merah Kuning dalam memburu kejayaan, namun semangat kesukanan tetap menjadi dukungan kepada semua pegawai juga atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.