Categories
SELANGOR

SUKMA2016: Selangor terus buru kejayaan, capai sasaran

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 26 JULAI: Persembahan cemerlang kem Selangor semalam diyakini berlarutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, di sini, hari ini, dalam beberapa acara disertai untuk terus menambah kutipan pingat terutama emas.

Persaingan meraih pingat dalam temasya sukan dwi tahunan itu semakin rancak dengan atlet muda setiap kontinjen berusaha gigih mencatat kejayaan diimpikan.

Menduduki tangga kedua dengan jumlah 23 emas, 36 perak dan 27 gangsa diraih setakat ini, Selangor dijangka terus menambah kutipan pingat dalam beberapa acara disertai untuk memberikan saingan serta kekal pada kelompok atasan.

tennis 4Tuan rumah, Sarawak (30 emas, 18 perak, 25 gangsa) kini mendahului kedudukan pingat diikuti juara bertahan, Wilayah Persekutuan (19 emas, 23 perak, 18 gangsa) di tangga ketiga serta Terangganu (keempat) (17 emas, 12 perak, 19 gangsa).

Sukan renang dan akuatik selain menembak juga berbasikal terus menjadi sandaran Selangor bagi mengutip pingat dalam beberapa acara akhir disertai seperti dicatat sebelumnya.

Pusingan awal dan seterusnya dalam sukan lain seperti badminton, bolasepak, hoki, skuasy dan olahraga diletakkan harapan dengan ciptaan kemenangan untuk layak ke peringkat lebih tinggi.

Pencapaian sehingga kini meyakinkan Selangor bagi menepati sasaran kutipan 48 pingat emas atau mungkin lebih daripada itu.

Kontinjen 432 atlet dengan slogan “Smart Selangor Tekad Juara” pasti terus berjuang hingga ke akhir demi mencipta kejayaan membanggakan.

Jumlah kutipan pingat setakat jam 10 pagi tadi

Pingat SEL

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.