Categories
SELANGOR

SYABAS: Bekalan air di sekitar KL kembali pulih

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JUL: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan bekalan air di 42 kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air pecah di Jalan Lebuh Pudu semalam kini telah pulih setelah kerja pembaikan paip air disiapkan awal pagi ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SYABAS, Amin Lin Abdullah, berkata segala kerja baik pulih selesai sekitar jam 5.30 pagi tadi.

GANGGUAN BEKALAN AIR“Bagaimanapun, bekalan air ke kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan air akan pulih beransur-ansur hari ini.

“Pengguna disarankan untuk memuat turunkan aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” atau melayari laman web www.syabas.com.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan air kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip pecah di Jalan Lebuh Pudu.

Antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Bangsar, keseluruhan Brickfields dan Pudu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.