Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Manfaatkan perkhidmatan mPOS MPSJ

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 27 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyarankan orang ramai menggunakan kutipan bayaran mudah alih (mPOS) bagi bayaran yang cepat dan mudah.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Bin Ahmad Dahlan, berkata walaupun ia diperkenalkan sejak tahun lalu tetapi orang ramai masih tidak memanfaatkannya.

“Kaedah ini untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran kompaun trafik secara terus kepada penguatkuasa MPSJ yang bertugas di lapangan.

IMG-20160727-WA0027“Apabila seseorang dikenakan kompaun trafik, mereka boleh membuat bayaran secara kad kredit atau kad debit terus kepada anggota penguatkuasa,” katanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di ibu pejabatnya, di sini, hari ini.

Hisham berkata, pelanggan juga boleh mendapat bayaran pengurangan seperti dalam tempoh 1 hingga 14 hari dengan jumlah bayaran hanya RM20.

“Pelanggan juga tidak perlu risau, bayaran secara mPOS adalah selamat dan akan diberikan resit sebagai bukti pembayaran.

“Saya menyarankan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan ini tanpa perlu pergi kaunter ibu pejabat kerana ia lebih memudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Terdapat empat kawasan komersial yang melaksanakan perkhidmatan itu antaranya di Subang Jaya (USJ 9 dan 10), SS 15, Bandar Puteri Puchong dan Bandar Puchong Jaya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.