Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

UNISEL usaha bantu pendidikan formal anak Rohingya

OLEH NAZLI IBRAHIM

MERU, 16 JULAI: Universiti Selangor (UNISEL) berusaha mencari jalan supaya anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia mendapat pendidikan formal sekali gus mempunyai masa hadapan lebih cerah.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata antara langkah yang diambil universiti berkenaan adalah berbincang dengan Jabatan Pendidikan.

Katanya, ia ekoran perkara itu membabitkan warga asing dan pihaknya terikat dengan peraturan dan perlembagaan yang menyebabkan anak-anak Rohingya tidak dapat bersekolah di sekolah kebangsaan.

markshort wakil mbi-rohingya“Saya fikir pada masa ini, cara yang ada hanya melalui Sekolah Tahfiz kerana biasanya sekolah itu tidak terikat dengan sistem persijilan.

“Dengan itu, mereka boleh belajar mata pelajaran agama dan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi, misalnya Universiti Al-Azhar dan univerisiti di Yaman dan beberapa negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program #ProjekRayaRohingya di Madrasah Al-Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amidi berkata, selain mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib, UNISEL turut mencadangkan supaya kerajaan membawa isu pendidikan formal anak Rohingya kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) ekoran tiada tanda kemelut ini akan berakhir pada masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya, UNISEL akan menjalankan bimbingan tidak rasmi membabitkan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya di bawah Fakulti Pendidikan dan beberapa fakulti lain di UNISEL.

“Saya rasa bimbingan tidak rasmi seperti pembelajaran Bahasa Inggeris dan Sains misalnya boleh dijalankan kerana UNISEL ada Fakulti Pendidikan, Kejuteraan dan sebagainya yang boleh dilibatkan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.